SURAT UNTUK SYAITAN
Menemui dirimu yang tidak jauh dariku, walaupun aku tidak mampu melihatmu. tetapi aku dapat merasai kehadiranmu melalui bisikan - bisikan itu...
Tahniah aku ucapkan padamu syaitan laknatullah, kerana ternyata segala usahamu untuk mengagalkan cita - citaku telah pun berhasil. Tahniah syaitan, kerana kau telah berjaya mengotakan janji - janjimu dengan Allah untuk sewaktu kau dihalau dari Syurga dulu. Tahniah syaitan, kerana telah menambah bilangan pengikut - pengikutmu dengan memasukkan namaku di dalam senarai golongan pengikutmu.
Terima kasih syaitan, kerana memadam cahaya cinta yang pernah menyinari hatiku dahulu...
Terima kasih syaitan, kerana mencuri permata iman yang pernah menghiasi hatiku dahulu...
Terima kasih syaitan kerana merobek nilai ilmu yang pernah ku miliki dahulu...
Jutaan terima kasih untuk ini semua...
Tentu kau gembira kerana matlamatmu menjadikan diriku pengiringmu kerana Neraka nanti telah tercapai. Tentu kau ketawa kerana melihat hilangnya air di kelopak mataku. Tentu kau bersuka - ria kerana menyaksikan diriku terhina pada pandangan Allah dan seluruh makhluqNya yang lain.
Sebelum menamatkan surat ini, aku ingin menyatakan sesuatu yang mungkin kabur pada pandanganmu, dan ia adalah bersumber pada sisa cinta yang belum kau lenyapkan. Sebenarnya aku tahu, bukanlah kesesatan yang kau cipta pada diriku ini menjadi penentu segala - galanya, kerana aku tahu Hidayat Allah tiada siapa yang tahu, Syurga dan Neraka adalah milikNYa...
Dari:
Hamba yang
Mengharap\"
mia- 10-09-2006
Kenikmatan Linangan Airmata Terhadap Allah SWT Renungan kita bersama,saudaraku :-
Rasulullah S.A.W telah bersabda, \"tidak akan masuk neraka orang yg menangis krn takut kpd ALLAH sehingga ada air susu ke tempat asalnya.\"
Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bhawa akan didatangkan seorang hamba pd hari kiamat nanti, & sangatlah berat timbangan kejahatannya, & telah diperintahkan utk dimasukkan ke dlm neraka.
Maka salah satu drp rambut2 matanya berkata, \"Wahai Tuhanku, Rasul engkau, Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda,sesiapa menangis krn amat takut kpd ALLAH S.W.T maka ALLAH telah mengharamkan matanya itu ke neraka & sesungguhnya aku menangis krn amat takut kpd-Mu.\"
Akhirnya ALLAH mengampunkan hamba itu & menyelamatkannya dari api neraka dengan berkatsehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kpd ALLAH.Malaikat Jibrail mengumumkan, \"telah selamatlah ia hanya disebabkan sehelai rambut.\"
Dalam sebuah kitab lain, bidayatul-Hidayah, diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatngkan neraka jahanam dgn mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yg sgt menggerunkan!! Semua umat manusia berlutut kerana kesusahan & kesengsaraan menghadapinya.
ALLAH S.W.T berfirman ygt bermaksud, \" Kamu lihat (pd hari itu) setiap umat berlutut ( yakni merangkak dgn lutut)Tiap2 umat diseru kpd buku amalannya. ( dikatakan kpdnya) : Pada hari ini kamu akan dibalas mengikut setiap apa yg telah kamu kerjakan.\" (Surah al-Jatsiyah, ayat 28)
Sebaik shj mereka menghampiri api neraka, mereka lalu mendengar kegeraman api neraka dgn nyalaan apinya, dan diterangkan dlm kitab tersebut bhawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun PERJALANAN !!!
Pada waktu itu akan berkatalah setiap orang, & juga nabi-nabi dengan ucapan, \"Diriku, diriku ( Selamatkanlah diriku, Ya ALLAH).\" kecuali hanya seoarng nabi sahaja yang akan berkata, \"Umatku, umatku.\" Beliaulah junjungan besar kita Nabi Muhammad S.A.W. Pada masa akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad akan berusaha menghalanginya dengan berkata, \"Wahai api ! Demi hak orang2 yg solat, demi hak orang2 yg ahli sedekah, demi hak orang2 yg khusyuk, demi hak orang2 yg berpuasa, agar engkau kembali.\"
Walaupun diucapkan sedemikian, api neraka tetap tidak mahu kembali, lalu Malaikat Jibrail pun berkata, \"Sesungguhnya api neraka itu menuju ke arah Nabi Muahammad S.A.W.\" Kemudian Jibrail membawa semangkuk air & Rasulullah meraihnya. Berkata Jibrail A.S \"Wahai Rasulullah, ambillah air ini & siramkanlah padanya.\"Lalu Rasulullah menyiram api neraka itu, lalu padamlah ia dengan izin ALLAH.\"
Setelah itu Rasulullah pun bertanyalah kepada Jibrail, \"Wahai Jibrail, air apakah itu?\"
Jawab Jibrail,\"Itulah air mata orang yg derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada ALLAH S.W.T & sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau dapat menyiraminya.
Telah bersabda Rasulullah S.A.W ,\"Ya ALLAH, anugerahilah kami 2 biji mata yang menangis kerana takutkan-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata.\"
Wallahu'alam....
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.