Saya mengalami sedikit kesulitan di dalam kubur, kak".. Assalamualaikum w.b.t..
Pada bulan Ramadhan yg penuh berkah ini,
ana direzekikan mendengar cerita yg penuh
menginsafkan ini..
Ringkas..
---------------------------------------------------
Sebuah keluarga digemparkan dengan kehilangan
anak lelaki mereka yg berumur 15 tahun.
Anak itu tidak pulang2 dari sekolah setelah 3 hari berlalu.
Setelah penduduk kampung mencari, mereka
hanya menemui mayatnya di dalam sebuah parit
di pedalaman kampung ,
bersekali dengan basikal anak tersebut...
Dalam waktu semasa majlis tahlil arwah
yg dilakukan 2 - 3 kali selepas itu,
adik2 arwah yg masih kecil yg berumur
kurang dari 5 tahun sering menceritakan
kepada ibu bapa mereka bahawa arwah ada
bersama2 dalam majlis2 tersebut..
Ibubapa itu hairan namun mereka
menganggap anak2 itu hanya bermain2..
dan terbayang2 abang mereka..
Suatu hari semasa kakak perempuan
arwah sedang menjemur pakaian di luar rumah..
memang arwah betul2 datang kepadanya...
Dengan muka yg sedikit sugul..arwah
bercakap kepada kakaknya..
\" Wahai kakakku...Mengapalah kakak tidak selalu
mengingatkan saya tentang sembahyang?
Saya mengalami sedikit
kesulitan di dalam kubur, kak\"...................
--------------------------------------------------------------------
Seperti kebiasaan anak2 sekarang memang tahu bersolat,
namun sesetengahnya tidak istiqamah...
arwah itu baru berumur 15 tahun..bermakna
mungkin baru 1-2 tahun mencapai umur baligh..
dalam waktu yg sesingkat itu pun...dosa
pahala sudah di catat malaikat..dan kesannya
dialami di kubur...
Cuba kita tinjau diri kita..sudah 10, 20 atau 30 tahun
amalan kita dicatat malaikat...
Berapa banyak waktu solat kita sudah tinggalkan..
dalam hidup mengejar dunia ini..kita punya
banyak masa untuk bersantai
melihat TV berjam2, mengadap internet
atau bersembang2 dengan kawan2
tak tentu hala..
Namun pernahkah kita menggunakan
waktu selepas solat atau waktu2 lapang lain
untuk menqada solat2
kita yg lepas2?..Jika 40 tahun selepas baligh
dan kita hanya mula bersholat
10 tahun lepas..? Atau baru mula
bersolat secara istiqamah..Itupun tiada jaminan
solat kita sekarang diterima Allah SWT..
Hutang dengan Allah
tetap hutang..
Sebaiknya contohnya selepas subuh, kita mungkin boleh
qada 2 solat subuh, begitu juga dengan
waktu2 solat lain...selepas maghrib, at least
1 solat maghrib..
Begitu juga dgn ibadah puasa ..
Sebab itu kadang2 kita makin banyak berusaha..
semakin tidak menjadi..makin banyak hutang bank..
memang kita sering dengar org2 yg tak sembahyang
dan lalai beragama tapi business flourish.. malah semakin kaya..
namun mahukah kita menjadi seperti mereka?
Dlm keadaan menderhaka, Allah memberi rezeki
secara marah..dgn kata lain 'istidraj'..
nikmat yg diberi semakin melalaikan malah membinasakan
iman...
Lebih baik menjadi org Islam yg diuji..
bilamana dengan ujian itu kita menjadi
lebih teringatkan Allah, lebh rasa memerlukan,
rasa keterbegantungan kpd Allah dan
lebih lunak hati kita..
serta meningkatkan rasa2 kehambaan..
Kita sentiasa merasa kita sudah melakukan
yg Allah suruh, sekurang2nya bersolat 5 waktu..
namun hidup kita masih tidak tenang..
serta silih berganti ujian kecil
mahupun besar...
Mungkin antara sebabnya adalah hutang2 kita kepada Allah
yg masih belum beres..Solat tentunya...
bagaimana pula dengan
zakat pendapatan..
dan haji
Semoga bermanfaat, Wassam..
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.