Peraturan & kod Etika Peraturan & kod Etika Komuniti ALUMNI SMKSP
Objektif peraturan dan kod etika Komuniti ALUMNI SMKSP ini adalah untuk menjaga kesejahteraan forum. Juga untuk mengelakkan perkara-perkara yang tidak disenangi oleh ahli-ahli lain berlaku. Di harap SEMUA warga ALUMNI SMKSP dapat membaca, memahami dan mengamalkan etika berforum yang baik. Sekiranya anda sudah mendaftar dan menjadi ahli ALUMNI SMKSP maka anda adalah secara dengan langsung tertakluk dengan segala peraturan dan kod etika ALUMNI SMKSP.
A. Buka topik baru
Topik baru boleh dibuka oleh sesiapa sahaja di mana-mana forum kecuali di bahagian Info Rasmi dan Ruangan Pengendal Sahaja. Tajuk topik hendaklah menggambarkan apa yang hendak dibincangkan atau ditanyakan. Topik yang kurang disenangi pengendali akan dibuang. Contoh: topik politik yang boleh menyebabkan pertelingkahan, topik agama yang tidak sahih, topik merapu dan topik seks.
Topik baru hendaklah dibuka di dalam segmen forum yang bersesuaian. Topik berkaitan grafik tidak boleh diletak di dalam forum kerjaya. Topik berkaitan pelajaran tidak boleh diletak di dalam forum komputer dan seterusnya.
Topik yang mempunyai agenda skim cepat kaya atau sistem piramid adalah sama sekali dilarang. Jika ada mana2 topik yang membuat 'spam' atau topik berulang kali maka pihak ALUMNI SMKSP tidak teragak-agak untuk memadamkannya atau ban user tersebut tanpa notis. Topik yang mengandungi bahan lucah dilarang. Topik yang berkaitan dengan piracy atau warez atau crack dan yang seangkatan dengannya adalah dilarang sama sekali.
Sebelum membuka topik baru tolong buat sedikit carian di dalam Komuniti ALUMNI SMKSP bagi mengelakkan topik yang sama berulang banyak kali. Caranya, klik pada link Carian atau buka url berikut:
~ http://smksp.net.ms
~ forumer.com" target="_blank">http://smksungaipusu.10.forumer.com
B. Membalas mesej
Setiap orang boleh membalas mesej di dalam semua forum kecuali forum Pengendali Sahaja. Mesej yang dibalas mestilah mempunyai isi yang sepatutnya. Mesej seperti “Hmmm…”, “Ntahle…” atau yang mengandungi smilies sahaja adalah ditegah dan didelete tanpa notis. Jika hendak memberi komen sila berikan dengan jelas dan bernas.
C. Etika dan Tatasusila
Setiap warga komuniti ALUMNI SMKSP adalah tertakluk kepada peraturan dan polisi ini. Amaran dan teguran pengendali mestilah dihormati. Penggunaan bahasa kasar dan lucah adalah amat ditegah. Tindakan seperti ban atau dibuang terus dari forum boleh dikenakan. Provokasi di antara ahli juga ditegah.
D. Memasukkan Gambar
Pertama sekali setiap gambar hendaklah diletakkan di dalam mana-mana server. Jikalau tidak mempunyai server sendiri, hendaklah membuka akaun di mana-mana server percuma.
Contoh server percuma yang membenarkan jaringan imej dari luar.
a. www.imageshack.us
Setelah mendapatkan server, uploadkan gambar ke server. Di dalam forum, ketika membuka topik baru atau ketika membalas mesej taip koding seperti berikut:
Code: › ‹ Select ›‹ Expand ›
E. Saiz imej untuk avatar & signature
Saiz utk avatar ialah tidak lebih 80x80 pixel dan 42kb sahaja manakala saiz imej untuk signature hendaklah kurang dari 120 x 60 pixel dan tidak lebih dari 15kb. Pilihlah avatar dan signature yang mempunyai mesej yang baik melambangkan sst yang bermakna... so eloklah guna avatar dan signature yang melambangkan diri anda sendiri... Adalah menjadi satu pakaian iman dan taqwa bagi pengguna ALUMNI SMKSP menggunakan avatar/signature yang bersyariat..
F. NickName User SMKSP
Anda boleh memilih memana nick yang sesuai dgn etika sbg seorang yang beradab, dan setiap individu hanya perlu ada 1 nick sahaja tidak boleh mendaftar banyak nickname serta tidak dibenarkan menukar nick setelah mendaftar menjadi ahli komuniti SMKSP, pihak admin akan membuang nick user yang tidak menepati etika dan akhlak yang baik tanpa notis.
G. Perlaksanaan Peraturan
Sekiranya mana2 individu yang melanggar peraturan dan kod etika SMKSP akan diberi amaran. Mana-mana posting atau mesej yang tidak sesuai yang mana ada unsur negatif, provokasi, politik keterlaluan, lucah, subversif dan skim cepat kaya akan didelete, dikunci dan dipindahkan tanpa sebarang notis. Jika tiada maklumbalas positif maka kami akan memblacklistkan atau mendeactivatekan account anda dengan keputusan bicara panel admin. Semoga dengan kod etika ini mampu menjaga keharmonian kita bersama.
Ok, sekian sahaja Kod Etika ALUMNI SMKSP buat masa ini... wassalam...
Best Regards,
ALUMNI SMKSP Management Team
Updated since April 2005
platinum88- 05-12-2005
Baiklah cik Sherry oi.... :lol:
fitryeza@murai- 05-13-2005
aku pun dah lama baca...tapi ada gak ler yg tak bape faham...aku takut jer...nanti tak pasal2 kalau tersilap ccakap...kene la plak ban...kekekek.....harap cik sherry tak garang sangat...kekekek.....ok chow.. :idea:
yatie//titot- 05-29-2005
yela cik sherry oi...aku tak laratlah nak baca sumer..aku usha yang penting2 jelah...ehe..nway,tq for giving the information
sherry- 05-30-2005
ok laa...mekacih kpd sume yg tlh baca kod ni...
whateverpun ...sbenarnyer ni kesilapan teknikal sket...spatutnyer korang takleh post dlm topic nih...kesulitan amat dikesali...ahakzz
oklaaa aku lock dulu...
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.