Peranan Quote assalamualaikum...
Setelah hampir 3 bulan forum ini dimanfaatkan oleh sebahagian forummer di sini, pihak admin mengucapkan ucapan terima kasih yg tdak terhingga kepada anda yang menjadikan forum ini sebagai sebuah platform pertemuan semula warga SMKSP sambil berdiskusi. Alhamdulillah, forum ini dapat dijadikan sebagai penghubung ukhwah silaturrahim sesama kita di alam tanpa sempadan ini...
Namun, di sini saya ingin menyatakan rasa dukacita saya terhadap sebilangan besar ahli yang telah mendaftar. Apa yang boleh dilihat di sini, kurang daripada 10% ahli forum yg aktif di sini. Diharapkan agar semua ahli yg berdaftar dapat bersama-sama memeriahkan forum ini dan dapat menghantar posting2 yang dpt menunjukkan tanda aprisiasi anda terhadap kewujudan forum ini.Diharapkan forum ini tidak dianggap sebagai sebuah forum yang dikhaskan kepada 'batch 00-04' sahaja..Forum ini dibina untuk bekas-bekas pelajar pada amnya.Namun, kedatangan warga SMKSP yang lain amatlah dialu-alukan.
Kerjasama anda amat dihargai, Terima Kasih...
Best Regard,
Sharifah Dalilah
(Management Board)
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.