KHAS 4 HAWA.... sEPOHOn sEMALu
Untuk renungan bersama....
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w berjalan-
jalan bersama puteri
baginda, Saidatina Fatimah r.a. Setibanya
mereka berdua di bawah
sebatang pohon tamar, Fatimah terpijak pohon
semalu, kakinya berdarah lalu
mengadu kesakitan. Fatimah mengatakan
kepada bapanya apalah gunanya
pohon semalu itu berada di situ dengan nada
yang sedikit marah.
Rasulullahdengan tenang berkata kepada puteri
kesayangannya itu bahawasanya
pohon semalu itu amat berkait rapat dengan
wanita. Fatimah terkejut.
Rasulullah menyambung kata-katanya lagi.
Para wanita hendaklah
mengambil
pengajaran daripada pohon semalu ini dari 4
aspek.
Pertama, pohon semalu akan kuncup
apabila disentuh. Ini boleh
diibaratkan bahawa wanita perlu mempunyai
perasaan malu (pada tempatnya).
Kedua, semalu mempunyai duri yang tajam
untuk mempertahankan
dirinya.Oleh itu, wanita perlu tahu
mempertahankan diri dan maruah
sebagai seorang wanita muslim.
Ketiga, semalu juga mempunyai akar
tunjang yang sangat kuat dan
mencengkam bumi. Ini bermakna wanita
solehah hendaklah mempunyai
keterikatan yang sangat kuat dengan Allah
Rabbul Alamin.
Dan akhir sekali, semalu akan kuncup
dengan sendirinya apabila
senja menjelang. Oleh itu, para wanita
sekalian, kembalilah ke
rumahmu apabila waktu semakin senja.
Ambillah pengajaran dari semalu
walaupun ia hanya sepohon tumbuhan yang kecil....
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.