Kedai Roti Akob begitu asyik menonton perlawanan bolasepak di depan
kaca TV,tiba-tiba isterinya terus masuk, "Bang, lampu di halaman
depan dah terbakar tolong ganti yang baru ye".
"Pasang lampu?!!, kamu ingat saya nie TNB ke?" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan
paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulakan paip?, kamu ingat saya nie Jabatan Bekalan
Air ke?", jawab Akob mengelak.
"Kalau semuanya abang tak mau buat tak apalah, tapi
kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak
sebab rumah kita dah kehabisan gas", kata isteri Akob.
"Mintak maap bebanyak saya tak kerja kat Petronas", jawab
Akob dengan sinis.
Kerana merasa terganggu Akob terus keluar ke rumah
kawannya untuk menyambung menonton perlawanan bolasepak.
Kira-kira jam 2 pagi kemudian Akob pun pulang kerumah. Akob menjadi
hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang,
Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi
terkejut apabila mendapati paip air tak ada masalah
lagi. Apabila ia ke dapur Akob mendapati tong gas juga penuh.
Pada keesokan paginya Akob bertanya pada isterinya "Awak
minta tolong pada siapa...?".
"Begini bang, setelah abang keluar dari rumah semalam,
saya menangis di halaman rumah. Tiba-tiba ada seorang lelaki yang
sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis.
Saya ceritakan segala-galanya kepadanya. Dengan rela hati dia sedia
menolong saya tetapi dengan bersyarat".
"Apa syaratnya?", tanya Akob ingin tahu.
"Syaratnya saya perlu pilih sama ada buatkan ia roti
atau tidur dengannya".
" Jadi awak buat roti apa untuk dia?", tanya Akob.
"Buat roti...?!!! Awak pikir saya nie Kedai Roti ke...?!!!"
HAHAHAHAHA!!!!
sherry- 12-16-2007
haha...jijat da muncul dgn lawak baru!!
MADReaLJL- 12-22-2007
haha.. series lawak
Forumer™ is Voted #1 Free Forum Hosting provider
Build your own community today with the largest message board hosting company.